Rabu, 28 September 2011

Bumi




Bumi terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
-Bentuk bumi
-Saiz bumi
-Tarikan graviti bumi

1.Bumi adalah sebuah planet dalam sistem suria.
2.Bumi adalah planet ketiga terdekat dengan matahari.

Bumi Planet Ketiga terdekat dengan matahari

3.Bumi mendapat cahaya dan haba daripada matahari.
4.Bumi adalah planet tunggal yang didiami oleh hidupan.Hal ini adalah kerana Bumi dikelilingi oleh atmosmera dan mempunyai air.
5.Atmosfera Bumi membekalkan udara untuk respirasi hidupan dan melindungi Bumi daripada sinar matahari yang kuat.

1.1 Bentuk Bumi

1. Pada zaman dahulu manusia mempercayai bahawa bentuk Bumi adalah rata dan leper.
2. Bumi sebenarnya berbentuk sfera dan membonjol sedikit di kawasan khatulistiwa.
3. Pergerakan kapal yang sedang belayar dapat membuktikan bahawa bumi berbentuk sfera.
(a) Pada mulanya kita dapat melihat asap saja.
(b) Kemudian ,cerobong asap pula dapat dilihat,
(c) Apabila kapal semakin dekat,kita dapat melihat keseluruhan badan kapal.
(d) Hal ini membuktikan bahawa bumi berbentuk sfera.
4. Gambar Bumi yang diambil daripada angkasa lepas juga menunjukkan bahawa bumi berbentuk sfera.
5. Permukaan Bumi di mana kita berpijak kelihatan leper kerana kita melihat hanya sebahagian kecil permukaan Bumi kita.

1.2 Saiz Bumi

1.Saiz Bumi sangat besar.
2.Saiz Bumi dianggarkan  dengan menanggarkan ukur keliling khatulistiwa.

Saiz Bumi

3.Ukur keliling Bumi pada Khatulistiwa ialah kira-kira 40 000 kilometer.
4.Diameter Bumi pada Khatulistiwa adalah lebih kurang 12 756km.
5.Jika kereta Proton disusun dalam satu barisan,kira-kira 9 juta buah kereta diperlukan untuk mengelilingi Bumi.
6.Jika seorang berjalan kaki mengelilingi Bumi tanpa henti dijangkakan  akan mengambil masa selama 3 tahun untuk melengkapkan satu kali  pusingan.

Bumi

1.3Tarikan Graviti Bumi

1.Bumi kita mempunyai daya tarikan graviti.
2.Tarikan graviti adalah daya yang menarik semua objek ke pusat Bumi.
3.Tarikan graviti adalah daya yang menarik semua objek ke pusat Bumi menyebabkan semua benda yangdilambung ke udara jatuh ke tanah semula.
4.Berat objek di Bumi disebabkan oleh tarikan graviti Bumi.
5.Tarikan graviti juga membolehkan Bulan terus berputar di sekeliling Bumi.
6.Tanpa tarikah Bumi akan terapung-apung.


Bumi dan Fenomena Alam
- Mengenali lapisan Bumi
-Memperihalkan lapisan Bumi
-Fenomena Alam

1.1 Lapisan Bumi

1.Bumi terdiri daripada empat lapisan iaitu kerak Bumi,mantel ,teras luar dan teras dalam.
2.Rajah di bawa menunjukkan kedudukan lapisan-lapisan Bumi tersebut.


Rajah:Lapisan Bumi

1.2 Ciri-ciri lapisan Bumi

1.Kerak Bumi disebut juga sebagai permukaan Bumi.Lapisan ini adalah yang paling luar dan paling nipis.Suhunya juga adalah paling rendah kurang dari 30C.
2.Kerak  Bumi terdiri daripada batuan yang keras.
3.Kerak Bumi adalah satu-satunya bahagian Bumi yang ditumbuhi tumbuhan-tumbuhan dan didiammi hidupan.
4.3/4 daripada bahagian Bumi diliputi oleh air.1/4 bahagian lagi adalah daratan.
5.Daratan terdiri daripada batu-batan dan tanah-tanih yang mengandungi mineral.
6.Bahagian yang diliputi oleh air terdiri daripada lima lautan utama, iaitu  Lautan Pasifik ,Lautan Atlantik,Lautan Hindi .Lautan Artik dan Lautan Antartik.
7.Bahagian yang diliputi oleh daratan pula terdiri daripada tujuh benua,iaitu Benua Asia ,Eropah,Afrika.Amerika Utara ,Amerika Selatan,Antartika dan Australia.


Kedudukan benua dan lautan di permukaan bumi
Mantel
1.Lapisan mantel adalah lapisan  yang paling tebal dan terdiri  daripada batu-batan
2.Batu -batan dalam laisan ini wujud dalam keadaan separa pepejal dan leburan.
3.Batu batan  ini terdiri daripada silikon ,aluminium ,besi dan magnesium.
4.Batu batan yang hampir dengan lapisan teras luar wujud dalam keadaan cecair kerana suhu dan tekanan semakin tinggi.

Teras Luar
1,Lapisan teras luar terdiri daripada logam yang lebur.Logam lebur ini terdiri daripada besi ,nikel dan sulfur.
2.Logam dalam lapisan ini adalah dalam bentuk cecair kerarna suhu yang tinggi iaitu 3700c.

Teras Dalam
1.Lapisan teras dalam terdiri daripada logam yang pejal.Logan yang pejal ini terdiri daripada besi dan nikel.
2.Suhu lapisan teras dalam lebih tinggi daripada 4000c.
3.Walaupun suhunya tinggi ,lapisan teras dalam berbentuk pepejal kerana terdapat tekanan batuan daripada lapisan sebelah atas.

1.3 Fenomena Alam

1.Apabila kita bergerak ke dalam Bumi,suhu meningkat sebanyak 1C bagi setiap 33meter dalamnya.
2.Suhu dan keadaan yang wujud dalam Bumi menyebabakan berlakunya fenomena alam seperti kolam air panas ,geiser .letusan gunung berapi dan gempa Bumi.

Kolam Air Panas

1.Lapisan dalam Bumi terdiri daripada batuaan lebur yang sangat panas.Batuan lebur yang panas ini disebut sebagai magma.
3.Sesetengah air yang telah dipanaskan ini akan mengalir keluar ke permukaan Bumi.
4.Air panas ini akan bertakung menjadi kolam air panas.Kolam air panas kaya dengan mineral seperti suifur.
5.Oleh itu ramai percaya  air panas  dari kolam air panas ini boleh menyembuhkan penyakit kulit.
6.Di Malaysia  terdapat  beberapa kolam air panas ini untuk  panas seperti Air Hangat di Pualu Langkawi, Pedas di Negeri Sembilan dan Tanjung Rambutan di Perak.
7.Negara seperti New Zealand dan Iceland menggunakan air panas ini untuk memanaskan bahagian dalam rumah dan untuk mendapatkan tenaga elektrik.

Geiser


1.Kadangkala air bawah tanah amat panas sehinggamendidih dan mengewap. Tekanan wap yang kuatmenyebabkan air panas dan wap terpancut keluar ke udara.
2.Fenomena pancutan air panas ke udara disebut sebagai geiser.

Kolam air panas

.
3.Air panas dari geiser juga kaya dengan mineral.

4.Geiser terdapat dikawasan gunung berapi seperti New Zealand dan Iceland .Di Malaysia tidak terdapat geiser.

Letusan gunung berapi

1.Lapisan dalam bumi terdiri daripada magma yang panas.
2.Lapisan batu batan sebelah atas magma memberikan tekanan yang sangat kuat terhadap magma.
3.Tekanan ini menyebabkan magma ditolak naik ke atas permukaan bumi melalui lohong.
4.Fenomena ini disebut sebagai letusan gunung berapi.


5.Apabila gunung berapi meletus,magma,gas-gas panas,batuan pejal,dan abu yang panas terpancut keluar daripada perut bumi.
6.Magma yang mengalir dipermukaan bumi disebut sebagai lahar(lava)
7.Apabila lahar ini menyejuk,ia menjadi keas dan dan membentuk batuan keras.
8.Di permukaan bumi terdapat beberapa kawasan gunung berapi,seperti di kepulauan Indonesia,Filipina danAmerika Syarikat.Gunung berapi biasanya berbentuk kon.
9.Letusan gunung berapi menyebabkan banyak kerugian,kerana lahar yang panas boleh membunuh banyak kehidupan,tumbuhan dan manusia.
10.Walau bagaimanapun,apabila lahar ini menyejuk,kawasan sekitarnya menjadi subur dan sesuai untuk pertanian,seperti di Pulau Jawa(di Indonesia),Datarn Dekan(di India) dan Etna(di sicily).
11.Beberapa galian juga terbentuk,misalnya emas,nikel, dan sulfur.
12.Tinggalan letusan gunung berapi juga menarik minat pelancong.Misalnyabdi Danau Toba(di Jawa) dan Vesuvius(di Naples).
13.Ada tiga jenis gunung berapi iaitu:
         (a) aktif-sering meletus
         (b) pendam-berehat bebrapa tahun tetapi meletus dari masa ke semasa
         (c)mati-tidak meletus lagi

Letusan Gunung Berapi